Segala puji kepada Allah yang menciptakan alam dan apa yang ada dalamnya. Selawat serta salam untuk Nabi Muhammad, Rasul junjungan, juga untuk ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikutinya hingga hari akhirat.
Garis panduan ringkas ini bertujuan memberi beberapa panduan fiqh ibadat kepada mangsa banjir terutama yang berada di pusat-pusat penempatan banjir. Ia merangkumi beberapa perkara seperti bersuci, solat, aurat, pergaulan, makanan halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Garis panduan ini adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh para penyelidik Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Diharapkan garis panduan ini memberi manfaat kepada para umat Islam umumnya yang menghadapi kesukaran beribadat ketika banjir. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kelemahan datangnya daripada diri panel penyedia garis panduan ini yang kerdil. Wallahu A'lam.
Pengerusi Panel Penyedia “Garis Panduan Ibadat Ketika Banjir”: