Panduan IbadahKetika Banjir
Walaupun bah, tetap istiqamah laksanakan ibadah
Jom Mula!

BAB 3: SOLAT KETIKA BANJIR




 3.0 Definisi solat


3.0.1 Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu, dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam.


3.1 Solat Fardu Ketika Banjir


3.1.1 Setiap individu muslim wajib menunaikan solat fardu lima waktu mengikut rukun dan syaratnya.


3.1.2 Rukun solat ialah seperti berikut:

a. Niat ketika takbiratul ihram.

b. Berdiri tegak.

c. Takbiratul ihram.

d. Membaca surah al-Fatihah.

e. Rukuk berserta tamakninah.

f. Iktidal berserta tamakninah.

g. Sujud berserta tamakninah.

h. Duduk antara dua sujud berserta tamakninah.

i. Duduk tahiyyat akhir.

j. Membaca tahiyyat akhir.

k. Membaca selawat dalam tahiyyat akhir.

l. Memberi salam.

m. Tertib (melakukan rukun-rukun secara berturutan).


3.1.3 Syarat sah solat adalah seperti berikut:

a. Mengetahui masuk waktu solat.

b. Menutup aurat.

c. Mengadap kiblat.

d. Bersuci daripada hadas kecil (dengan berwuduk); dan besar (dengan mandi wajib).

e. Membersihkan tempat najis pada anggota badan, pakaian dan tempat solat.


Powered by Blogger.
/

Hubungi:

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam (USIM), 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
+60133543594
irwan@usim.edu.my / irwanms76@gmail.com

Contact Form

Names

Email

Message

© Infinity. All Rights Reserved